Apa akan jadi kalau Hang Tuah bukannya orang Melayu?

Sebut je Hang Tuah, budak sekolah rendah tahun satu pun tahu, kak semah pembancuh teh tu pun tahu, pak yeop drebar ceo tu pun tahu.

Sejak dari kecil lagi kita pasti pernah mendengar kisah Laksamana Hang Tuah, sama ada melalui pembacaan, tengok kat TV ataupun hanya mendengar cerita yg disampaikan dari mulut ke mulut. "Tak Melayu Hilang Di Dunia" itulah pesanan Laksamana Melaka itu.

Nama Hang Tuah ni sama ada kebetulan ataupun tidak, mempunyai persamaan dengan puteri negara China- Puteri Hang Li Poh.

Kalau nak diikutkan memang la zaman dulu sebelum datangnya rombongan dari negara China ke Melaka, takde orang Melayu yang bermula dengan Hang, walaupun kat Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sebutan hang digunakan dengan banyaknya.

Sekiranya betul Hang Tuah dan 4 sahabatnya tu orang China, maka sejarah perlu ditulis semula. Orang Melayu akan kehilangan ikon yang paling dikenali dalam sejarah orang-orang Melayu. Bangsa China memang terkenal dengan kehebatannya dalam pelbagai ilmu, kalau tidak, masakan Rasulullah pernah berkata, "Tuntutlah Ilmu walaupun ke negara China". Tak pulak disebut, tuntutlah ilmu walaupun ke negara Rusia, India ataupun Afrika. Sudah tentu bangsa China ada kelebihannya.

Berbalik kepada Hang Tuah, kalau betul beliau orang China, sudah tentu kehebatan Hang Tuah berkelahi adalah kerana ilmu Kung Fu/Wusyu. Mungkin juga Hang Tuah bila tiba di bumi melaka, mempelajari ilmu silat. Dan mungkin juga gabungan wusyu dan silat menjadikan beliau pendekar yang disegani.

Ada orang kata, sejak tahun 1999, tiada lagi kisah Hang Tuah yang diselitkan dalam matapelajaran sejarah. Siapa yang ada adik yang masih belajar di sekolah, sila selak buku sejarah, betul ke tidak.

0 Response to "Apa akan jadi kalau Hang Tuah bukannya orang Melayu?"