Krisis Tenaga

Monday, December 1, 2008 6:48 PM Posted by orgkapak
Baru-baru aku terbaca dalam suratkhabar, TNB kata kalau kerja-kerja naik taraf pencawang letrik tidak dapat dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat, seluruh semenanjung akan bergelap selama lebih dari sebulan.

Apa itu krisis tenaga? Ianya adalah satu situasi dimana sesebuah negara itu mengalami gangguan bekalan tenaga dan disertai pula oleh harga bekalan tenaga yang makin meningkat dan semuanya ini mampu mengancam keselamatan nasional dan ekonomi.

Bagi Malaysia, bekalan tenaga kita diperolehi terutama dari petrol dan sedikit arangbatu. Persoalannya sekarang, sampai bila kita harus bergantung kepada kedua-dua sumber ini yang makin lama makin berkurangan.

Malaysia sebuah negara yang mengalami cuaca panas sepanjang tahun. Tak boleh ke kementerian tenaga mengambil kelebihan ini untuk mencipta satu lagi sumber tenaga alternatif?
Apa guna jurutera yang dihantar belajar ke luar negara kalau tidak dimanfaatkan kepandaian dan kebolehan mereka itu.

Antara sumber alternatif lain yang perlu dilihat dengan serius adalah dengan membangunkan loji nuklear untuk menjana tenaga nuklear. Kalau ini pilihan kita, maka kita harus bermula dari sekarang kerana untuk membina loji nuklear, ianya mengambil masa bertahun-tahun sebelum boleh digunakan.

Malaysia adalah negara membangun yang kini dalam perjalanan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pada pendapat saya, Malaysia harus lah menjadi sebuah negara yang giat menjalankan R&D (penyelidikan dan pembangunan) dan bukan sekadar negara pengguna teknoloji.

Masalah akan sentiasa ada, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memulakan sesuatu.

Kita harus lebih berani untuk mencipta teknoloji untuk kegunaan sendiri. Sampai bila kita mahu menjadi negara pengguna sahaja?

0 Response to "Krisis Tenaga"