Apa ada pada lambang?

Selalunya kita umat Islam amat sensitif sekali apabila melihat lambang salib, apatah lagi kalau ianya diperagakan atau dilihat dipakai oleh orang Islam. Bagi kita, lambang salib adalah simbol kepada fahaman Kristian.

Tetapi yang hairannya, kenapa kita tidak begitu sensitif kalau lambang lain yang diperagakan ataupun digunakan?

Tahu tak bahawa tanpa kita sedari atau kita sedari, terdapat lambang-lambang yang digunakan untuk mewakili sesuatu kumpulan/fahaman yang bukan Islam. Lihat contoh di bawah:



lihat kedua-dua lambang ini. apakah persamaannya?



di sebelah kiri adalah lambang "war of order" nazi manakala di sebelah kanan logo halal JAKIM. Mungkin anda akan kata kebetulan. Kebetulan atau tidak, yang penting, walaupun fahaman nazi tidak dianut di Malaysia, tetapi mereka tetap puas kerana lambang "war of order" dengan segi lapan bucu telah digunakan oleh JAKIM.


yang ini pula, saya pasti semua orang tahu, ianya adalah lambang Israel. Saya pasti, kita tentu tak berani nak memakai baju yang ada lambang sebegini kan? Tetapi, tahu tak bahawa lambang ini terdapat dengan banyaknya di Masjid Jamek, KL? Kalau tak percaya, sila masuk ke dewan solah utama dan perhatikan dengan teliti ukiran-ukiran geometrik yang ada di situ.

Hairan, kita amat panas bila melihat lambang salib tetapi kita boleh pejam mata dengan lambang-lambang lain yang jelas mempunyai kaitan dengan fahaman yang jelas terpesong dari Islam.

Kelip-kelip. Ahhh...apa la yang hebat sangat?

Kelip-kelip ku sangka api,
kalau api mana puntungnya
Hilang ghaib ku sangka mati
Kalau mati mana kuburnya.

Itulah pantun 4 kerat pasal kelip-kelip yang ibu ajarkan semasa aku masih kecil.

Apa itu kelip-kelip? Sekali pandang nampak macam lalat besar. Di hujung badannya mengeluarkan cahaya. Anda mungkin akan kata, " Ahhh..apa nak heran. Kecoh la lu..."

Jangan hanya memandang kelip-kelip sebagai sejenis lagi serangga lain seperti kumbang, lipas, ataupun labah-labah. Cuba perhati dan amati betul-betul. Dari mana datangnya sumber cahaya kelip-kelip? Nak kata dari bateri, tak mungkin. Ada mentol ke dalam perut dia? tak mungkin. Habis tu dari mana datangnya cahaya tu?

Pernah tak anda dengar pasal teori "cold fusion"? Mengikut teori sains, tenaga dihasilkan melalui perlanggaran ion-ion positif dan negatif, lalu terhasil lah tenaga dan haba. Sejak dari dahulu saintis cuba mengkaji bagaimana hendak menghasilkan tenaga tetapi tanpa mengeluarkan haba.

Rupa-rupanya kelip-kelip telah lama menghasilkan "cold fusion" . Cahaya yang keluar ini tidak mengandungi sinaran ultraviolet ataupun infrared. Kelip-kelip mengeluarkan cahaya dengan amat efisyen dan cekap. Jika dibandingkan dengan mentol lampu biasa, 90% tenaga ditukar kepada haba dan hanya 10% yang menjadi cahaya. Banyaknya pembaziran berlaku kan?

Begitu lah hebatnya ciptaan Allah swt ke atas makhluk yang bernama kelip-kelip ini.

Krisis Tenaga

6:48 PM Posted by orgkapak 0 comments
Baru-baru aku terbaca dalam suratkhabar, TNB kata kalau kerja-kerja naik taraf pencawang letrik tidak dapat dilaksanakan dalam jangkamasa terdekat, seluruh semenanjung akan bergelap selama lebih dari sebulan.

Apa itu krisis tenaga? Ianya adalah satu situasi dimana sesebuah negara itu mengalami gangguan bekalan tenaga dan disertai pula oleh harga bekalan tenaga yang makin meningkat dan semuanya ini mampu mengancam keselamatan nasional dan ekonomi.

Bagi Malaysia, bekalan tenaga kita diperolehi terutama dari petrol dan sedikit arangbatu. Persoalannya sekarang, sampai bila kita harus bergantung kepada kedua-dua sumber ini yang makin lama makin berkurangan.

Malaysia sebuah negara yang mengalami cuaca panas sepanjang tahun. Tak boleh ke kementerian tenaga mengambil kelebihan ini untuk mencipta satu lagi sumber tenaga alternatif?
Apa guna jurutera yang dihantar belajar ke luar negara kalau tidak dimanfaatkan kepandaian dan kebolehan mereka itu.

Antara sumber alternatif lain yang perlu dilihat dengan serius adalah dengan membangunkan loji nuklear untuk menjana tenaga nuklear. Kalau ini pilihan kita, maka kita harus bermula dari sekarang kerana untuk membina loji nuklear, ianya mengambil masa bertahun-tahun sebelum boleh digunakan.

Malaysia adalah negara membangun yang kini dalam perjalanan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pada pendapat saya, Malaysia harus lah menjadi sebuah negara yang giat menjalankan R&D (penyelidikan dan pembangunan) dan bukan sekadar negara pengguna teknoloji.

Masalah akan sentiasa ada, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memulakan sesuatu.

Kita harus lebih berani untuk mencipta teknoloji untuk kegunaan sendiri. Sampai bila kita mahu menjadi negara pengguna sahaja?